Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat
mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa
sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku
sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara
mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran
bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara
lain:
(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar
berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa
tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan
contoh-contoh yang sesuai;
(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk
struktur yang dipelajari secara induktif, dan
(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik
bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah
pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut:
(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan
mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog
perbualan yang diberi.
(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid
dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu
yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran
bertutur dengan baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.
Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan
kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya.
Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan
bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan.
Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan
yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah Terus
Kaedah Terus -
Kemahiran Mendengar
Kaedah ini
telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). Kaedah ini
mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Selain
itu kaedah terus mempunyai persamaan dengan kaedah askar dan diplomat semasa
Perang Dunia Kedua. Tujuan kaedah ini
adalah membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara
berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
mesyurakat dan persekitarannya. Kaedah ini juga sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua dan boleh disampaikan melalui empat asas iaitu (i)
perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya; (ii) pengajaran harus dikaitkan dengan
pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; (iii) harus timbulkan perasaan
ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan (iv)
pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa
ibunda mereka.
Kebaikan Kaedah Terus
Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana
mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka dan
tidak menggunakan terjemahan. Pengajaran secara terus membantu memudahkan
pencapaian murid-murid dan mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu secara aktif
seterusnya membolehkan mereka bertutur dengan cepat, lancar dan fasih.
Kelemahan kaedah Terus
Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain
dalam menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang abstrak. Oleh yang
demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan guru terlatih khas
dalam menyampaikannya. Selain itu, kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan
berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat dan ini menyebabkan kurang
penerimaan daripada murid-murid lantas menimbulkan kekeliruan sepanjang
perlaksanaan P&P.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk
bahan-bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan. Justeru,
kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk perkembangan
kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi manfaat atau faedah kepada
murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.
Teknik dan Penyampaian Kaedah Terus
Proses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid
terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan
dengan sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati dijadikan model
dan pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya, murid Melayu
akan bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu supaya mereka dapat
memahami serta mempelajari istilah serta perbendaharaan kata yang betul.
Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh
murid akan diperjelaskan oleh guru dengan cara (i) mengaitkan perkataan atau
ayat dengan benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan perkataan-perkataan atau
ayat-ayat dengan gambar , rajah-rajah, lukisan dan sebagainya ; (iii)
menggunakan perkataan-perkataan seperti atau yang berlawanan ; (iv) dengan
menggunakan aksi atau lakonan (khusus pada kata kerja); (v) dengan cara
memberikan huraian atau bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya dalam
ayat-ayat dan sebagainya.
Proses berikut adalah pelajaran tatabahasa diajar secara
induktif. Pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga
murid-murid dapat menguasainya. Kemudian, bahan-bahan bacaan yang digunakan
merupakan bahan-bahan yang berkaitan dengan latihan lisan yang ingin
dilaksanakan.
Pengaplikasian Kaedah Terus dalam Penyediaan Rancangan
Pengajaran
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang
dibina, kaedah terus merupakan kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti
ini. Seperti sedia maklum kaedah terus membantu penguasaan keempat-empat
kemahiran bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas iaitu
(i) perhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya;
(ii) pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
yang telah sedia ada;
(iii) harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak
melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan
(iv) pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas
kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.
Menerusi langkah 1, kaedah terus diaplikasikan yang mana
dalam langkah ini guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai ‘
Suasana Kampung’ .Kemudian, murid diberi peluang menceritakan pengalaman mereka
berada di kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi :
· Apa yang
anda dapat lihat ketika berada di kampung?
· Apakah
perasaan anda ketika pulang kekampung?
Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab
berdasarkan pengalaman mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal
untuk digunakan dalam aktiviti ini.
Dalam
langkah dua turut menggunakan kaedah terus yang mana murid diminta membaca
teks tentang suasana kampung. Setelah selesai membaca, murid yang memegang
gambar atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas yang telah
disediakan. Disini, pemegang gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang
dipegang mengikut kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan aktiviti ini
jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau
ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
No comments:
Post a Comment