Bunyi – bunyi dalam bahasa Melayu
Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh
manusia ketika berkomunikasi. Bunyi-bunyi bahasa yang terhasil mempunyai makna
yang dipersetujui dan dapat difahamni oleh masyarakat yang menuturkan sesuatu
bahasa itu. Bunyi-bunyi bahasa ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi
yang tertentu. Lambang-lambang yang terdapat dalam bahasa mewakili bunyi-bunyi
bahasa. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula ditakrifkan sebagai bunyi-bunyi yang
terhasil apabila manusia berdehem, batuk dan sebagainya, tetapi maujudnya ia
mempunyai makna walaupun tidak diwakili oleh sebarang lambang. Bunyi – bunyi
bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bunyi
konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong.
2.1 Bunyi Konsonan
Sekatan udara yang mengalir dalam
saluran suara menghasilkan bunyi konsonan. Sifat bunyi ini pula ditentukan oleh
pita suara semasa lafaz bunyi. Bunyi konsonan merupakan marginal yang dapat
wujud di kawasan pinggiran sahaja.Bunyi bersuara akan ditentukan apabila pita
suara tidak bergetar, manakala sekiranya pita suara tidak bergetar, ia merujuk
kepada bunyi tak bersuara. Penamaan lokasi pengeluaran bunyi pula adalah
bergantung kepada alat dan daerah artikulasi yang terlibat, seperti semasa
melafaz menggunakan bibir, maka ia dinamakan dua bibir atau bilabial. Jenis
sekatan perlu dihuraikan untuk mengenal pasti jenis bunyi konsonan yang
dihasilkan. Bunyi letupan atau plosif yang berlaku pada aliran udara terhasil
apabila adanya sekatan yang menahan udara daripada terlepas keluar. Bunyi
konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan kepada aliran udara dengan kadar
yang tertentu. Jenis-jenis konsonan letupan ( plosif ), letusan ( afrikat ),
sengau ( nasal ), geseran ( frikatif ), sisian ( lateral ), getaran ( trill ),
dan separuh vokal ( semi vowel ).
Bagi konsonan letupan, terdapat
tujuh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang merangkumi tiga bunyi bersuara,
tiga bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis. Apabila lelangit lembut
dinaikkan bagi menyekat rongga hidung, aliran udara akan tertutup dan ini
akan menghasilkan bunyi konsonan letupan. Bunyi-bunyi ini akan terhasil apabila
titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga bibir disentuh oleh
alat artikulasi. Letupan akan terhasil apabila udara dari paru-paru terkumpul
dan dilepaskan secara tiba-tiba semasa alat artikulasi menyentuh titik
artikulasi ini.
Konsonan letupan dua bibir [p] dan
[b] terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut
merapat ke dinding belakang rongga tekak. Udara yang tertahan di dalam rongga
mulut dan saluran suara akan dilepaskan serta merta. Letupan bibir tak bersuara
[p] akan terhasil apabila pita suara tidak bergetar semasa udara dilepaskan
manakala letupan bersuara [b] terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bunyi
konsonan yang boleh dilihat dalam letupan dua bibir tak bersuara ialah [p],
[#lapan#] – lapan dan [#tәtap#] – tetap, manakala bagi letupan dua bibir
bersuara pula adalah [#balik#] – balik dan [#lәbat#] – lebat.
Seterusnya, konsonan letupan gusi
[t] dan [d] boleh terhasil apabila udara dari paru-paru yang disekat oleh lidah
dibebaskan serta-merta setelah hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Maka,
terhasillah letupan ini yang mana meghasilkan letupan gusi tak bersuara [t]
apabila tiada getaran pita suara dan letupan gusi bersuara [d] pula akan
terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bagi bunyi konsonan letipan gusi
tak bersuara ialah [#itu#] – itu dan [#pusat#], manakala contoh letupan gusi
bersuara [d] pula ialah [#dasar#] – dasar dan [#ada#] – ada.
Konsonan letupan yang seterusnya
adalah konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]. Konsonan ini terhasil
apabila lelangit lembut disentuh oleh bahagian belakang lidah yang dinaikkan,
menyebabkan udara yang tertahan dilepaskan serta merta. Sekiranya pita suara
tidak bergetar disebabkan oleh pelepasan udara tersebut, maka letupan lelangit
lembut tak bersuara [k] dan [g] terhasil di mana contohnya ialah [#kambiŋ#] –
kambing dan [#paku#] – paku. Letupan lelangit lembut bersuara [g] pula akan
terhasil jika pita suara bergetar, di mana contohnya ialah [#garaŋ#] – garang
dan [#beg#] – beg.
Konsonan letupan pita suara [?] pula
terhasil apabila aliran udara secara serta merta dibebaskan oleh pita suara
yang dirapatkan setelah terkumpul dan tertahan. Contoh bunyi konsonan ini di
dalam bahasa Melayu ialah [#buda?#] – budak dan [#bale?#] – balik. Seterusnya,
konsonan letusan [c] dan [j]. Bunyi konsonan ini dilepaskan
perlahan-lahan sehingga kedengaran bunyi geluncuran. Pita suara akan bergetar
dan tidak bergetar apabila lelangit lembut dinaikkan bagi penghasilan bunyi
bersuara dan tak bersuara. Contoh letusan lelangit keras tak bersuara [c] ialah
[#cat#] – cat dan [#kaca#] – kaca, manakala contoh bagi letusan lelangit keras
bersuara [j] pula ialah [#jalan#] – jalan dan [#baju#] – baju.
Apabila udara keluar melalui rongga
hidung setelah lelangit lembut diturunkan, bunyi sengau akan terhasil dengan
menghubungkan lat artikulasi lidah pada titik artikulasi tertentu di dalam
mulut. Semua bunyi sengau adalah bersuara dan dengan keadaan pita suara
bergetar. Konsonan sengau dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bunyi,
iaitu [m], [n], [Л ] dan [ŋ].
Konsonan sengau dua bibir bersuara
terhasil apabila bibir bawah dirapatkan ke bibir atas dan udara melalui rongga
hidung disebabkan oleh lelangit lembut, di mana pita suara digetarkan semasa
perlafazan bunyi ini. Contoh bagi konsonan sengau dua bibir bersuara [m] ialah
[#makan#] – makan dan [#lama#] – lama.
Kemudian ,kita lihat pula pada
sengau gusi bersuara [n] yang terhasil apabila hujung lidah dirapatkan kepada
gusi. Pita suara digetarkan semasa melafazkan bunyi ini. Contoh bagi bunyi ini
ialah [#naŋka#] – nangka dan [#lapan#] – lapan.
Komponen yang seterusnya dalam
konsonan sengauan adalah sengau lelangit keras gusi bersuara [ Л ]. Bunyi ini
dihasillkan apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Pita
suara akan digetarkan dan lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan
udara melalui rongga hidung. Contoh bagi bunyi ini adalah [# Л awa#] – nyawa
dan [# Л amo?#] – nyamuk.
Sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
pula terhasil apabila belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit
lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui
rongga hidung dan pita suara bergetar. Contoh bagi sengau lelangit lembut
bersuara [ŋ] ini ialah [#ŋaŋa#] – nganga dan [#malaŋ#] – malang.
Dalam bahasa Melayu, terdapat
sembilan bunyi geseran yang melibatkan empat darinya ialah bersuara dan
empat lagi tidak bersuara. Satu lagi bunyi geseran yang tidak boleh dikatakan
bersuara ataupun tak bersuara yang dilambangkan [h].
Geseran gusi [s] dan [z] terhasil
apabila aliran udara tidak menyekat hujung lidah yang dirapatkan ke arah
sempadan gusi lelangit keras dan menyebabkan geseran udara yang keluar daripada
paru-paru berlaku.Contoh bagi geseran gusi tak bersuara [s] ialah [#sah#] – sah
dan [#lipas#] – lipas, manakala contoh bagi geseran gusi bersuara [z] pula
ialah [#zaman#] – zaman dan [#hafiz#] – hafiz.
Selain itu, konsonan geseran juga
terbahagi kepada geseran gigi bibir [f] dan [v]. konsonan ini terhasil apabila
gigi bawah dan bibir atas dirapatkan, namun tidak menghalang udara keluar.
Geseran berlaku apabila ada udara yang keluar dari paru-paru apabila laluan
sempit terbentuk. [#fikir#] – fikir dan [#lafaz3] – lafaz merupakan
contoh-contoh bagi geseran gigi bibir tak bersuara [f], manakala [#variasi#] –
variasi dan [#novel#] – novel pula merupakan contoh bagi geseran gigi bibir
bersuara [v].
Geseran lelangit keras [š] dan [ž]
pula terhasil apabila depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak
rapat dan berlakunya geseran kerana udara dari paru-paru terdesak keluar.
Contoh bunyi geseran lelangit keras tak bersuara [š] ialah [#ašar#] – asar dan
[#xaš#] – khas, manakala bagi geseran lelangit keras bersuara [ž] ialah
[#žohor#] – dhohor dan [#hažir#] – hadhir.
Konsonan geseran lelangit lembut [x]
dan [γ] terhasil apabila belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut dan
udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut, lantas menyebabkan
berlakunya geseran. Contoh-contoh bagi geseran lelangit lembut tak bersuara [x]
ialah [#abar#] – khabar dan [#xianat#] –khianat, manakala contoh-contoh bagi
geseran lelangit lembut bersuara [γ] ialah [#γaeb#] – ghaib dan [#baliγ#] –
baligh.
Apabila pita suara dirapatkan, udara
yang keluar di antara pita suara akan bergeser. Hal inilah yang dikatakan
geseran pita suara [h]. Contoh-contoh bagi geseran pita suara [h] ialah
[#hati#] – hati dan [#lihat#] – lihat.
Konsonan getaran [r] juga terdapat
dalam konsonan yang berkait dengan bunyi bahasa Melayu. Lidah diangkat
kea rah gusi dan bunyi dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut.
Bunyi getaran[r] akan terhasil apabila udara yang dilepaskan dari paru-paru
menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Contoh-contohnya pula adalah
[#rantai#] – rantai, [#baru#] – baru dan [#ular#] – ular.
Disamping itu, konsonan sisian [i]
juga termasuk dalam Bahasa Melayu. Melalui kiri dan kanan lidah, udara akan
dilepaskan dan bunyi sisian akan terhasil. Hujung lidah diangkat ke tengah gusi
dan lelangit lembut pula dirapatkan ke belakang rongga tekak. Pita suara akan
bergetar ketika udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan
kiri lidah. Contoh-contoh bagi konsonan sisian ini ialah [#lantai#] – lantai,
[#balam#] – balam dan [#kәsal#] – kesal.
Separuh vokal tidak boleh
diklasifikasikan sebagai bunyi vokal kerana terdapat sekatan yang menghalang
alran udara dan tidak dihasilkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Semasa
perlafazan separuh vokal ini, kedudukan lidah sama seperti kedudukan lidah
ketika menyebut huruf vokal, namun keadaan ini hanya berlaku separuh sahaja.
Separuh vokal dua bibir [w] dilafazkan dengan keadaan bibir dibundarkan.
Contoh-contoh penggunaan separuh vokal dua bibir [w] ialah [#wayaŋ#] – wayang
dan [#pulaw#] – pulau. Sementara itu, semasa melafazkan separuh vokal lelangit
keras [γ], keadaan bibir dihamparkan. Contoh-contoh penggunaannya ialah [#yaŋ#]
– yang dan [#tayaŋ#] – tayang.
2.2 Bunyi Diftong
Geluncuran dua bunyi vokal, iaitu
bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua menghasilkan
bunyi diftong. Bunyi diftong ini dilambangkan melalui dua vokal, di mana ianya
mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi vokal yang pertama lebih lantang
daripada bunyi vokal yang kedua. Tiga diftong dalam bahasa Melayu adalah [ai],
[au] dan [oi].
Diftong [ai] terhasil apabila lidah
melafazkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada vokal depan
tertutup [i], namun tidak pula bahagian depan lidah dinaikkan seperti
melafazkan bunyi [i].Pita suara akan bergetar dan hujung lidah menyentuh gigi
depan pada bahagian bawah. Lelangit lembut dinaikkan dan bentuk bibir dalam
keadaan neutral. Contoh-contoh bagi bunyi diftong adalah [#pandai#] – pandai,
[#sampai#] – sampai dan [#tupai#] – tupai.
Seterusnya, diftong [au] terhasil
apabila kedudukan lidah pada mulanya yang menyebut [a] , dan secepatnya beralih
kepada vokal belakang tertutup [u]. Bentuk bibir menjadi bundar setelah
selesainya menyebut lafaz bunyi ini walaupun pada mulanya ia bukan berada
dalam keadaan bundar. Pembukaan rahang adalah antara sederhana dan luas, di
mana hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah.
Contoh-contoh bunyi diftong [au] adalah [#kәrbau#] – kerbau dan [#kalau#] –
kalau.
Bunyi diftong yang seterusnya ialah
diftong [oi]. Diftong ini terhasil apabila kedudukan lidah mula menggeluncur
pada posisi vokal belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya beralih
kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah
luas, manakala bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi
menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Contoh-contoh bunyi diftong
ialah [#sәpoi#] – sepoi, [#kaloi#] – kaloi dan [#amboi#] – amboi.
Rajah 2.1 : Rajah
Kedudukan Diftong Bahasa Melayu