Bahasa Jiwa Bangsa

Monday 17 December 2012

TAHNIAH

Assalamualaikum.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang yang telah berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama penuh. Bagi pelajar-pelajar yang belum ditawarkan bersabar ya. Banyakkan berdoa agar diberi rezeki untuk belajar ke SBP. Perlu diingat di mana saja kita belajar, akan ada kejayaan sekiranya kita rajin berusaha. Bak kata pepatah  " Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

Wednesday 12 December 2012

MENJADI MURID CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

Mari berkongsi maklumat bagaimana hendak menjadi pelajar yang cemerlang.

OPTIMISTIK
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan member suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

 KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masaakan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan dating bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
  
TUMPUAN SEPENUH HATI
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajara dalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

 MULAKAN DARI AWAL
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku  model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.

 SENTIASA BERSEDIA
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

 LENGKAPKAN PERALATAN
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan.

INFO TAMBAHAN UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG.

   o      Mengeratkan hubungan dengan Tuhan
o    Ada cita-cita dan matlamat hidup
o    Sikap positif ( mencari jalan bukan mencari alasan )
o    Akhlak mulia
o    Berdisiplin
o    Bersih minda dan jasmani
o    Menepati masa

MURID-MURID CIKGU YANG HENDAK BERJAYA IKUTLAH PANDUAN YANG CIKGU PAPARKAN INI.....


Friday 7 December 2012