Bahasa Jiwa Bangsa

Monday 17 December 2012

TAHNIAH

Assalamualaikum.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang yang telah berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama penuh. Bagi pelajar-pelajar yang belum ditawarkan bersabar ya. Banyakkan berdoa agar diberi rezeki untuk belajar ke SBP. Perlu diingat di mana saja kita belajar, akan ada kejayaan sekiranya kita rajin berusaha. Bak kata pepatah  " Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

Wednesday 12 December 2012

MENJADI MURID CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

Mari berkongsi maklumat bagaimana hendak menjadi pelajar yang cemerlang.

OPTIMISTIK
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan member suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

 KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masaakan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan dating bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
  
TUMPUAN SEPENUH HATI
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajara dalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

 MULAKAN DARI AWAL
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku  model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.

 SENTIASA BERSEDIA
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

 LENGKAPKAN PERALATAN
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan.

INFO TAMBAHAN UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG.

   o      Mengeratkan hubungan dengan Tuhan
o    Ada cita-cita dan matlamat hidup
o    Sikap positif ( mencari jalan bukan mencari alasan )
o    Akhlak mulia
o    Berdisiplin
o    Bersih minda dan jasmani
o    Menepati masa

MURID-MURID CIKGU YANG HENDAK BERJAYA IKUTLAH PANDUAN YANG CIKGU PAPARKAN INI.....


Friday 7 December 2012

Thursday 29 November 2012

MARI BERPANTUN BERSAMA

Mari kita lengkapkan pantun di bawah lepas itu mari kita berpantun bersama-sama dengan lagu "Rasa Sayang" 


Kreatif dan inovasi penting sekali,
                 Barangan dicipta untuk negara.


Cipta sesuatu tanpa jemu,
                      Untuk kemudahan hidup manusia.


Tahniah kawan kami ucapkan,
                        Menang pertandingan reka cipta. 

     Sains teknologi sangat berguna,
                Didik murid menjadi bestari.




Pantun 1

Masak cendawan bercampur lokan,

      Dimakan dengan roti pita;

______________________________,

______________________________.


Pantun 2 

Sungguh tinggi pohon sena,

       Tepi parit di Tanjung Sari;

______________________________ ,

______________________________.


Pantun 3

Herba bermutu dibuat jamu,

       Ditambah pula dengan halia;

_______________________________,

_______________________________.  


Pantun 4

Belimbing besi sedap sekali,

     Jual di kota tepi muara;

______________________________,

______________________________.

  

  

Friday 23 November 2012

Mari menyanyi bersama cikgu

Assalamualaikum murid-murid...... Mari kita hiburkan hati dengan menyanyi bersama cikgu. Gerakkan badan kamu mengikut arahan yang diberi.

Thursday 15 November 2012

Cara Memasang LCD Projektor

Assalamualaikum,

Di sini cikgu nak berkongsi satu video cara-cara memasang LCD Projektor kepada komputer. Semoga kita mendapat manfaat dan ilmu dalam memasang LCD Projektor di dalam kelas secara ad-hoc.


Friday 9 November 2012

Berkelah di tepi pantai





                                  Bina 5 ayat majmuk berdasarkan gambar di bawah.  


                                            .
                                            
                                                                                                                                                              


Kata tanya.

Assalamualaikum murid-murid. Hari ini cikgu nak berkongsi maklumat tentang penggunaan kata tanya.

Nota penting.

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, orang, benda,binatang, tempat sebab, masa dan bilangan.

Ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya ( ? )

Apa   menanyakan benda, binatang atau perkara.
Siapa  menanyakan orang atau nama orang.
Bila  menanyakan masa.
Mana  menanyakan tempat
Berapa  menanyakan jumlah, harga atau bilangan.
Mengapa  menanyakan sebab.
Bagaimana  menanyakan cara atau keadaa n.

Cikgu harap anda semua telah memahami penggunaan kata tanya di atas. Cuba uji pemahaman anda dengan latihan di bawah.

Arahan;    Tandakan ( / ) pada ayat yang menggunakan kata tanya yang betul

1.   Apakah  nama murid baru itu   ?           (          )
      Siapakah  nama murid baru itu ?          (          )

2.   Berapakah  awak akan pergi ke rumah Hassan  ?        (          )
      Bilakah    awak akan pergi ke rumah Hassan   ?            (          )

3.   Di manakah  kawan kamu sering datang lewat ke sekolah  ?    (          )
      Mengapakah  kawan kamu sering datang lewat ke sekolah  ?   (          )

4.   Siapakah  acara yang dipertandingkan selepas  ini  ?       (           )
      Apakah  acara yang dipertandingkan selepas  ini  ?           (           )

5.   Bagaimanakah  suasana di pasar  pada hari in i  ?            (          )
      Mengapakah  suasana di pasar pada hari ini  ?                  (           )


               Selamat     Mencuba

Monday 5 November 2012

Sambutan hari Anugerah Sek.Keb. Ser Kelebang

Kepada murid-murid cikgu iaitu Aiman Afif b.Azman,  Nur Syafiqah, Muhd. Atid , Aiman Harris, Amir Faris, dan Fatin Aleeya  diucapkan tahniah di atas kecemerlangan kalian semua. Jangan lupa esok datang bersama ibu bapa anda untuk menerima anugerah cemerlang. Terima kasih kerana memberi kerjasama kepada cikgu selama ini. Bagi yang kurang berjaya tak pe , cuba lg tahun akan datang.....

Tuesday 30 October 2012

Sambutan Hari Kanak-kanak SKSK

 Hari ini semua murid SK Seri Kelebang bergembira menyambut Hari Kanak-kanak .Terima kasih kepada anak murid cikgu yang berani mengambil bahagian dalam pertunjukan pakaian beragam .Sedap tak nasi ayam yang cikgu berikan tadi ? Cikgu masukkan gambar untuk tatapan murid-murid.Cantik tak ?

 

 






Sunday 28 October 2012

Selamat Datang ke Blog Cikgu

Assalamualaikum,
Bagaimana anda hari ini ? Cikgu berasa gembira sangat dapat berkumpul dengan ahli keluarga cikgu  sangat ceria.Cikgu nak berkongsi pengalaman tentang sambutan Hari Raya Aidil Adha yang baru saja kita raikan.Mari kita berkongsi suasana hari raya yang lepas.

Lembu korban kami
Kami sekeluarga telah melaksanakan ibadah korban pada hari raya AidilAdha ke-2 di kampung cikgu, Kg. Mak Teh Tapah Road. Pada malamnya kami membuat bacaan tahlil dan doa selamat. Apakah yang anda lakukan ketika menyambut hari Raya Aidil Adha?