Bahasa Jiwa Bangsa

Friday 1 November 2013

Penilaian dalam PJPK

 Pentaksiran dalam PJ & PK

tujuan penilaian :
o                  mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
o                  at perubahan pada perkembangan setiap murid
o                  membuat perancangan aktiviti
o                  meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
o                  mempelajari keperluan setiap murid
o                  menyelesaikan sesuatu masalah
o                  memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
o                  memberi laporan kepada pakar
o                  menghargai hasil kerja murid
o                  membuat tindakan susulan serta merta
o                  kaedah penilaian
o                  pemerhatian melalui :
§                rekod anekdot - penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang murid.
§                rekod pensampelan masa - mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dalam satu jangka masa
§                senarai semak - mengaitkan perubahan tingkah laku murid dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan
·                     matlamat utama pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 
·                     kerangka konsep pentaksiran
o                  secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
o                  secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan SEPERTI rating scales, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dll
§                autentik - berbentuk tugasan menilai prestasi atau persembahan perlakuan murid secara langsung dalam konteks yang spesifik dan pada situasi sebenar. 
§                perlakuan - melibatkan perlaksanaan sesuatu aktiviti seperti melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan  sesuatu produk atau membuat projek SEPERTI penulisan, esei, lisan, pameran, eksperimen, portfolio, brosur, phamplet, soal jawab berstruktur dll
·                     5 langkah membina pentaksiran PK :
o                  tentukan dan kenal pasti tujuan serta objektif pentaksiran
o                  pilih teknik pentaksiran yang sesuai
o                  bina carta rubrik dan data skor melalui sistem point atau nilai bernombor, senarai semak, skala kadar analitik atau rubrik umum
o                  melaksanakan pentaksiran dan laporan skor pencapaian tugasan 
o                  menilai dan memurnikan teknik pentaksiran 
·                     9 aspek pentik dalam membuat analisis tugasan :
o                  bentuk simulasi yang menggambarkan prestasi keseluruhannya
o                  tetapkan unsur tugasan yang relevan kepada kualiti prestasi seperti kepantasan, ketepatan, bilangan dan kesungguhan ralat prosedur, ralat dalam arahan, perbezaan dalam pemilihan alat atau perkakasan, usaha yang ekonomi, masa
o                  memilih unsur untuk pemerhatian
o                  membina kriteria dalam piawaian
o                  menilai unsur unsur berkenaan 
o                  membentuk program latihan
o                  memilih unsur yang memerlukan masa dan perbelanjaan yang minimum
o                  menggunakan pentaksiran untuk memurnikan pentaksiran dan memperbaiki kurikulum
memberikan maklum balas 

Wednesday 30 October 2013

Bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu

Bunyi – bunyi dalam bahasa Melayu
Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia ketika berkomunikasi. Bunyi-bunyi bahasa yang terhasil mempunyai makna yang dipersetujui dan dapat difahamni oleh masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa itu. Bunyi-bunyi bahasa ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi yang tertentu. Lambang-lambang yang terdapat dalam bahasa mewakili bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula ditakrifkan sebagai bunyi-bunyi yang terhasil apabila manusia berdehem, batuk dan sebagainya, tetapi maujudnya ia mempunyai makna walaupun tidak diwakili oleh sebarang lambang. Bunyi – bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong.
2.1 Bunyi Konsonan
Sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara menghasilkan bunyi konsonan. Sifat bunyi ini pula ditentukan oleh pita suara semasa lafaz bunyi. Bunyi konsonan merupakan marginal yang dapat wujud di kawasan pinggiran sahaja.Bunyi bersuara akan ditentukan apabila pita suara tidak bergetar, manakala sekiranya pita suara tidak bergetar, ia merujuk kepada bunyi tak bersuara. Penamaan lokasi pengeluaran bunyi pula adalah bergantung kepada alat dan daerah artikulasi yang terlibat, seperti semasa melafaz menggunakan bibir, maka ia dinamakan dua bibir atau bilabial. Jenis sekatan perlu dihuraikan untuk mengenal pasti jenis bunyi konsonan yang dihasilkan. Bunyi letupan atau plosif yang berlaku pada aliran udara terhasil apabila adanya sekatan yang menahan udara daripada terlepas keluar. Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan kepada aliran udara dengan kadar yang tertentu. Jenis-jenis konsonan letupan ( plosif ), letusan ( afrikat ), sengau ( nasal ), geseran ( frikatif ), sisian ( lateral ), getaran ( trill ), dan separuh vokal ( semi vowel ).
Bagi konsonan letupan, terdapat tujuh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang merangkumi tiga bunyi bersuara, tiga bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis. Apabila lelangit lembut dinaikkan bagi menyekat  rongga hidung, aliran udara akan tertutup dan ini akan menghasilkan bunyi konsonan letupan. Bunyi-bunyi ini akan terhasil apabila titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga bibir disentuh oleh alat artikulasi. Letupan akan terhasil apabila udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba semasa alat artikulasi menyentuh titik artikulasi ini.
Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b] terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Udara yang tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara akan dilepaskan serta merta. Letupan bibir tak bersuara [p] akan terhasil apabila pita suara tidak bergetar semasa udara dilepaskan manakala letupan bersuara [b] terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bunyi konsonan yang boleh dilihat dalam letupan dua bibir tak bersuara ialah [p], [#lapan#] – lapan dan [#tәtap#] – tetap, manakala bagi letupan dua bibir bersuara pula adalah [#balik#] – balik dan [#lәbat#] – lebat.
Seterusnya, konsonan letupan gusi [t] dan [d] boleh terhasil apabila udara dari paru-paru yang disekat oleh lidah dibebaskan serta-merta setelah hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Maka, terhasillah letupan ini yang mana meghasilkan letupan gusi tak bersuara [t] apabila tiada getaran pita suara dan letupan gusi bersuara [d] pula akan terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bagi bunyi konsonan letipan gusi tak bersuara ialah [#itu#] – itu dan [#pusat#], manakala contoh letupan gusi bersuara [d] pula ialah [#dasar#] – dasar dan [#ada#] – ada.
Konsonan letupan yang seterusnya adalah konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]. Konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut disentuh oleh bahagian belakang lidah yang dinaikkan, menyebabkan udara yang tertahan dilepaskan serta merta. Sekiranya pita suara tidak bergetar disebabkan oleh pelepasan udara tersebut, maka letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan [g] terhasil di mana contohnya ialah [#kambiŋ#] – kambing dan [#paku#] – paku. Letupan lelangit lembut bersuara [g] pula akan terhasil jika pita suara bergetar, di mana contohnya ialah [#garaŋ#] – garang dan [#beg#] – beg.
Konsonan letupan pita suara [?] pula terhasil apabila aliran udara secara serta merta dibebaskan oleh pita suara yang dirapatkan setelah terkumpul dan tertahan. Contoh bunyi konsonan ini di dalam bahasa Melayu ialah [#buda?#] – budak dan [#bale?#] – balik. Seterusnya, konsonan letusan [c] dan [j].  Bunyi konsonan ini dilepaskan perlahan-lahan sehingga kedengaran bunyi geluncuran. Pita suara akan bergetar dan tidak bergetar apabila lelangit lembut dinaikkan bagi penghasilan bunyi bersuara dan tak bersuara. Contoh letusan lelangit keras tak bersuara [c] ialah [#cat#] – cat dan [#kaca#] – kaca, manakala contoh bagi letusan lelangit keras bersuara [j] pula ialah [#jalan#] – jalan dan [#baju#] – baju.
Apabila udara keluar melalui rongga hidung setelah lelangit lembut diturunkan, bunyi sengau akan terhasil dengan menghubungkan lat artikulasi lidah pada titik artikulasi tertentu di dalam mulut. Semua bunyi sengau adalah  bersuara dan dengan keadaan pita suara bergetar. Konsonan sengau dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bunyi, iaitu [m], [n], [Л ] dan [ŋ].
Konsonan sengau dua bibir bersuara terhasil apabila bibir bawah dirapatkan ke bibir atas dan udara melalui rongga hidung disebabkan oleh lelangit lembut, di mana pita suara digetarkan semasa perlafazan bunyi ini. Contoh bagi konsonan sengau dua bibir bersuara [m] ialah [#makan#] – makan dan [#lama#] – lama.
Kemudian ,kita lihat pula pada sengau gusi bersuara [n] yang terhasil apabila hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Pita suara digetarkan semasa melafazkan bunyi ini. Contoh bagi bunyi ini ialah [#naŋka#] – nangka dan [#lapan#] – lapan.
Komponen yang seterusnya dalam konsonan sengauan adalah sengau lelangit keras gusi bersuara [ Л ]. Bunyi ini dihasillkan apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Pita suara akan digetarkan dan lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Contoh bagi bunyi ini adalah [# Л awa#] – nyawa dan [# Л amo?#] – nyamuk.
Sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] pula terhasil apabila belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung dan pita suara bergetar. Contoh bagi sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] ini ialah [#ŋaŋa#] – nganga dan [#malaŋ#] – malang.
Dalam bahasa Melayu, terdapat sembilan bunyi geseran  yang melibatkan empat darinya ialah bersuara dan empat lagi tidak bersuara. Satu lagi bunyi geseran yang tidak boleh dikatakan bersuara ataupun tak bersuara yang dilambangkan [h].
Geseran gusi [s] dan [z] terhasil apabila aliran udara tidak menyekat hujung lidah yang dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras dan menyebabkan geseran udara yang keluar daripada paru-paru berlaku.Contoh bagi geseran gusi tak bersuara [s] ialah [#sah#] – sah dan [#lipas#] – lipas, manakala contoh bagi geseran gusi bersuara [z] pula ialah [#zaman#] – zaman dan [#hafiz#] – hafiz.
Selain itu, konsonan geseran juga terbahagi kepada geseran gigi bibir [f] dan [v]. konsonan ini terhasil apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan, namun tidak menghalang udara keluar. Geseran berlaku apabila ada udara yang keluar dari paru-paru apabila laluan sempit terbentuk. [#fikir#] – fikir dan [#lafaz3] – lafaz merupakan contoh-contoh bagi geseran gigi bibir tak bersuara [f], manakala [#variasi#] – variasi dan [#novel#] – novel pula merupakan contoh bagi geseran gigi bibir bersuara [v].
Geseran lelangit keras [š] dan [ž] pula terhasil apabila depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat dan berlakunya geseran kerana udara dari paru-paru terdesak keluar. Contoh bunyi geseran lelangit keras tak bersuara [š] ialah [#ašar#] – asar dan [#xaš#] – khas, manakala bagi geseran lelangit keras bersuara [ž] ialah [#žohor#] – dhohor dan [#hažir#] – hadhir.
Konsonan geseran lelangit lembut [x] dan [γ] terhasil apabila belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut dan udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut, lantas menyebabkan berlakunya geseran. Contoh-contoh bagi geseran lelangit lembut tak bersuara [x] ialah [#abar#] – khabar dan [#xianat#] –khianat, manakala contoh-contoh bagi geseran lelangit lembut bersuara [γ] ialah [#γaeb#] – ghaib dan [#baliγ#] – baligh.
Apabila pita suara dirapatkan, udara yang keluar di antara pita suara akan bergeser. Hal inilah yang dikatakan geseran pita suara [h]. Contoh-contoh bagi geseran pita suara [h] ialah [#hati#] – hati dan [#lihat#] – lihat.
Konsonan getaran [r] juga terdapat dalam konsonan yang berkait dengan bunyi bahasa Melayu. Lidah diangkat  kea rah gusi dan bunyi dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Bunyi getaran[r] akan terhasil apabila udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Contoh-contohnya pula adalah [#rantai#] – rantai, [#baru#] – baru dan [#ular#] – ular.
Disamping itu, konsonan sisian [i] juga termasuk dalam Bahasa Melayu. Melalui kiri dan kanan lidah, udara akan dilepaskan dan bunyi sisian akan terhasil. Hujung lidah diangkat ke tengah gusi dan lelangit lembut pula dirapatkan ke belakang rongga tekak. Pita suara akan bergetar ketika udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah. Contoh-contoh bagi konsonan sisian ini ialah [#lantai#] – lantai, [#balam#] – balam dan [#kәsal#] – kesal.
Separuh vokal tidak boleh diklasifikasikan sebagai bunyi vokal kerana terdapat sekatan yang menghalang alran udara dan tidak dihasilkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Semasa perlafazan separuh vokal ini, kedudukan lidah sama seperti kedudukan lidah ketika menyebut huruf vokal, namun keadaan ini hanya berlaku separuh sahaja. Separuh vokal dua bibir [w] dilafazkan dengan keadaan bibir dibundarkan. Contoh-contoh penggunaan separuh vokal dua bibir [w] ialah [#wayaŋ#] – wayang dan [#pulaw#] – pulau. Sementara itu, semasa melafazkan separuh vokal lelangit keras [γ], keadaan bibir dihamparkan. Contoh-contoh penggunaannya ialah [#yaŋ#] – yang dan [#tayaŋ#] – tayang.
2.2 Bunyi Diftong
            Geluncuran dua bunyi vokal, iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua menghasilkan bunyi diftong. Bunyi diftong ini dilambangkan melalui dua vokal, di mana ianya mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi vokal yang pertama lebih lantang daripada bunyi vokal yang kedua. Tiga diftong dalam bahasa Melayu adalah [ai], [au] dan [oi].
Diftong [ai] terhasil apabila lidah melafazkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada vokal depan tertutup [i], namun tidak pula bahagian depan lidah dinaikkan seperti melafazkan bunyi [i].Pita suara akan bergetar dan hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawah. Lelangit lembut dinaikkan dan bentuk bibir dalam keadaan neutral. Contoh-contoh bagi bunyi diftong adalah [#pandai#] – pandai, [#sampai#] – sampai dan [#tupai#] – tupai.
Seterusnya, diftong [au] terhasil apabila kedudukan lidah pada mulanya yang menyebut [a] , dan secepatnya beralih kepada vokal belakang tertutup [u]. Bentuk bibir menjadi bundar setelah selesainya menyebut  lafaz bunyi ini walaupun pada mulanya ia bukan berada dalam keadaan bundar. Pembukaan rahang adalah antara sederhana dan luas, di mana hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah. Contoh-contoh bunyi diftong [au] adalah [#kәrbau#] – kerbau dan [#kalau#] – kalau.
Bunyi diftong yang seterusnya ialah diftong [oi]. Diftong ini terhasil apabila kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi  vokal belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas, manakala bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Contoh-contoh bunyi diftong ialah [#sәpoi#] – sepoi, [#kaloi#] – kaloi dan [#amboi#] – amboi.


    Rajah 2.1 : Rajah Kedudukan Diftong Bahasa Melayu

Thursday 10 October 2013



Hormon Tumbesaran sintetik.
Forum 1.
Kesan sampingan pengambilan hormon tumbesaran sintetik ini dan cadangkan kaedah semulajadi untuk untuk meningkatkan aras hormon ini dalam tubuh.   Steroid anabolik adalah sejenis bahan sintetik di mana struktur dan fungsinya hampir sama dengan hormon seks lelaki seperti testosterone. Ia menggalakkan pertumbuhan otot (anabolic effect) dan peningkatan ciri-ciri seksual lelaki (androgenic effect) untuk lelaki mahupun wanita. Steroid, yang lebih dikenali di bawah steroid anabolik panjang di kalangan atlet  menggalakkan daya tahan dan meningkatkan tenaga fizikal. Penggunaan steroid anabolik akan mendatang kesan sampingan  kepada tubuh. Steroid anabolik boleh  membawa kepada serangan jantung awal, strok, tumor hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah psikiatri yang serius. Selain itu, oleh kerana steroid anabolik ini sering digunakan melalui suntikan, pengguna yang berkongsi jarum suntikan adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus seperti HIV/AIDS, hepatitis B dan hepatitis C. Selain itu penggunanya akan mengalami botak dan jerawat, penambahan bulu di muka dan badan ,penurunan besar perma, Mati Pucuk, berpotensi untuk mandul,  Hypertrophy payudara (gynecomastia) , kanser buah zakar dan prostat bagi lelaki. Selain itu penggunaannya akan menjadikan lelaki mempunyai ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya iaitu bagi perempuan ciri-ciri lelaki akan terserlah. Selain itu penggunanya akan mengalami perubahan 'mood'.  Bagi atlit wanita pula  akan terjadinya pendalaman suara, mengurangkan saiz payu dara, dan gangguan kitaran.
        Sebenarnya, terdapat cara yang selamat untuk meningkatkan aras hormon ini tanpaperlu bergantung kepada pengambilan hormon tumbesaran sintetik. Menurut kajian,melalui senaman, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) kedalam sistem tubuh kita. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGHdirembeskan dalam sistem badan kita. Di samping itu, jauhkanlah pengambilankarbohidrat yang tinggi yang terbukti dapat menghalang perembesan HGH. Sebaliknya,amalkanlah pengambilan makanan ringan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat         
Memang benar  penggunaan steroid anabolik yang berlebihan ini membawa kesan negatif kepada penggunanya terutama kepada sistem hormoon, kardiovaskular, hati, musculoskeletal malahan kulit seserang juga Walaupun begitu ramai atlit yang menggunakannya kerana ia berkesan dalam pembakaran lemak sebagai tindakan pantas untuk membina kekuatan dan jisim otot. Steroid anabolik dikelaskan sebagai hormon steroid asli dan tiruan . Hormon-hormon ini menggalakkan pertumbuhan dan pembahagian sel oleh pertumbuhan pelbagai jenis tisu, termasuk otot dan tulang.
Forum 2           Salam sejahtera.
Pengambilan hormon tumbuhan sering menjadi pilihan para atlet dalam mendapatkan kesan otot yang pejal dalam masa yang singkat. Untuk fungsi yang sepatutnya bagi badan dan mengurangkan kesan-kesan buruk akibat pengambilan tinggi hormon pertumbuhan , yang penting adalah untuk menghormati dos maksimum harian yang disyorkan . Semakin tinggi setting yang baik dalam menyediakannya lebih besar kesan yang akan memberi manfaat dari segi prestasi fizikal dan  kesan imun. Kedua-dua faktor terbesar untuk menggalakkan pengeluaran hormon pertumbuhan adalah senaman dan tidur.                   

Sunday 6 October 2013

PKSR 2

Murid-murid cikgu.... mulakan ulangkaji sekarang..... peperiksaan tetap ada walaupun kita dah buat PBS.