Forum
3 kaedah pegajaran Bahasa Melayu
Salam 1 Malaysia.
Kaedah Terus adalah
satu kaedah yang mengutamakan prinsip prinsip mengajar yang berdasasarkan
psikologi kanak-kanak. Kaedah ini diperkenalkan oleh Michell West dan Harald
Palmer (1920-1935 ) . Kaedah ini didapati serupa dengan kaedah tentera. Kaedah
ini digunakan bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang
dipelajari di dalam masyarakat. Kaedah ini sesuai untuk pengajaran bahasa kedua.
Segala pengajran tidak menggunakan bahasa yang telah diketahui murid-murid.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu perhubungan secara langsung
antara perkataan dengan benda dan fikiran atau sebaliknya ,pengajaran harus
dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.
Soalan-soalan perlu dirancang supaya dapat menimbulkan perasaan ingin
tahu murid. Selain itu pengajaran harus berpandukan lunas-lunas kanak-kanak
mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu :
·
Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar
harus mendahului kemahiran bertutur.
·
Tidak menggunakan terjemahan, murid
dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.
·
Tidak mempelajari undang-undang tentang
bahasa yang hendak dipelajari.
·
Mengutamakan sebutan yang betul. Kaedah
ini memerlukan pengetahuan ilmu fonetik.
·
Mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
Ulangan dan pengukuhan perlu diperbanyakkan.
·
Pengajaran bermula dari mudah kepada
yang susah.
Kebaikan kaedah terus ini ialah sesuai dengan cara
kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka.Pembinaan habit bahasa dapat disegerakan kerana guru
tidak menggunakan terjemahan.Selain itu kaedah ini memudahkan pencapaian
tingkatan semerta (automatik) bahasa dan membolehkan mereka cepat bertutur
dengan lancer dan fasih.
Walaupun begitu terdapat juga kelemahan kaedah ini iatu
kaedah ini merumitkan guru untuk menyampaikan makna perkataan terutama
perkataan yang abstrak, mengambil masa yang lama dan guru yang terlatih khas.
Selain itu berlaku kekeliruan sepanjang pengajaran kerana kaedah ini menerbitkan
makana yang kurang tepat.
Contoh
pengajaran kaedah terus.
Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan
murid-murid itu terus kepada bahasa yang mereka pelajari. Contohnya, pengajaran
membaca dialog dengan intonasi dan sebutan yang betul. Sebelum membaca, guru
perlu mengajukan persoalan tentang isi kandungan dalam dialog yang digunakan.
Contoh soalan berkaitan tajuk “ Perkhemahan “. Guru boleh bertanya ;
·
Siapakah pernah berkhemah ?
·
Di manakah kamu berkehemah?
·
Apakah yang dibawa/
·
Apakah aktiviti semasa perkhemahan
dijalankan/
Selepas itu ,guru perlu
memperdengarkan bacaan dialo tersebut secara terus dari guru atau guru telah
merakamkan dialog terlebih dulu. Murid akan berulangkali mengikut cara sebutan
dan intonasi dengan betul. ( latih tubi)
. Langkah seterusnya Perbincangan untuk memastikan murid faham apa yang dibaca.
Akhir pengajaran murid membuat aktiviti mrnulis yang disediakan.
Terima
kasih.
Selamat
sejahtera.
Memang benar penerangan cikgu bahawa Kaedah terus
menyukarkan guru untuk menerangkan memahami makna perkataan
tersebut.Bahan yang digunakan mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan
pertuturan yang sistematik. Kaedah terus mungkin hanya berfaedah kepada
murid-murid cerdik makna perkataan yang abstrak. Oleh itu guru perlu memberikan
huraian yang jelas supaya murid dapat manakala murid yang lemah akan
ketinggalan.Kaedah ini pula memerlukan bayak latih tubi. pengajaran di sekolah
, masa pengajaran adalah terhad. Jadi guu perlu pastikan pengajaran yang
berkesan dalam masa yang ditetapkan.Dalam
Salam
1 Malaysia.
Salah satu asas dalam kaedah
terus ialah harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan yang dirancang.
Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran dalam membuat penyoalan. Teknik menyoal adalah
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk
mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Ia juga berfungsi untuk
membuka minda pelajara terhadap sesuatu persoalan. Guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal
kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk
menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )
Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru boleh memberi soalan kepada keseluruhan kelas.
Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih
secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah
menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta
menggalakkan pelajar untuk berfikir.Guru dapat merangsang dan mencungkil
fikiran pelajar semasa sesi soal jawab. Pada masa yang sama, guru boleh
menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab
dijalankan.
Salam sejahtera cikgu.
Saya setuju dengan cikgu sememangnya guru boleh mengenalpasti kefahaman murid dengan
meminta murid memadankan gambar dan perkataan. Seterusnya murid boleh membina
ayat menggunakan perkataan dan gambar yang dipelajari. Untuk menguasai sebutan
, guru boleh lakukan latihtubi menyebut perkataan baru dan ini sebagai
pengukuhan kepada murid, Aktiviti mengeja perkataan tersebut juga membolehkan
murid dapat membina ayat dengan betul sebelum melakukan akativiti menulis.
No comments:
Post a Comment