Hormon
Tumbesaran sintetik.
Forum 1.
Kesan sampingan
pengambilan hormon tumbesaran sintetik ini dan cadangkan kaedah semulajadi
untuk untuk meningkatkan aras hormon ini dalam tubuh. Steroid anabolik adalah sejenis bahan
sintetik di mana struktur dan fungsinya hampir sama dengan hormon seks lelaki
seperti testosterone. Ia menggalakkan pertumbuhan otot (anabolic effect) dan
peningkatan ciri-ciri seksual lelaki (androgenic effect) untuk lelaki mahupun
wanita. Steroid, yang lebih dikenali di bawah steroid anabolik panjang di
kalangan atlet menggalakkan daya tahan
dan meningkatkan tenaga fizikal. Penggunaan steroid anabolik akan mendatang
kesan sampingan kepada tubuh. Steroid
anabolik boleh membawa kepada serangan
jantung awal, strok, tumor hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah
psikiatri yang serius. Selain itu, oleh kerana steroid anabolik ini sering
digunakan melalui suntikan, pengguna yang berkongsi jarum suntikan adalah
berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus seperti HIV/AIDS, hepatitis B
dan hepatitis C. Selain itu penggunanya akan mengalami botak dan jerawat,
penambahan bulu di muka dan badan ,penurunan besar perma, Mati Pucuk,
berpotensi untuk mandul, Hypertrophy
payudara (gynecomastia) , kanser buah zakar dan prostat bagi lelaki. Selain itu
penggunaannya akan menjadikan lelaki mempunyai ciri-ciri perempuan lebih
terserlah dan sebaliknya iaitu bagi perempuan ciri-ciri lelaki akan terserlah.
Selain itu penggunanya akan mengalami perubahan 'mood'. Bagi atlit wanita pula akan terjadinya pendalaman suara,
mengurangkan saiz payu dara, dan gangguan kitaran.
Sebenarnya, terdapat cara yang selamat
untuk meningkatkan aras hormon ini tanpaperlu bergantung kepada pengambilan
hormon tumbesaran sintetik. Menurut kajian,melalui senaman, badan akan
melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) kedalam sistem tubuh kita. Semakin
baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGHdirembeskan dalam sistem
badan kita. Di samping itu, jauhkanlah pengambilankarbohidrat yang tinggi yang
terbukti dapat menghalang perembesan HGH. Sebaliknya,amalkanlah pengambilan
makanan ringan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat
Memang benar penggunaan steroid anabolik yang berlebihan
ini membawa kesan negatif kepada penggunanya terutama kepada sistem hormoon,
kardiovaskular, hati, musculoskeletal malahan kulit seserang juga Walaupun
begitu ramai atlit yang menggunakannya kerana ia berkesan dalam pembakaran
lemak sebagai tindakan pantas untuk membina kekuatan dan jisim otot. Steroid
anabolik dikelaskan sebagai hormon steroid asli dan tiruan . Hormon-hormon ini
menggalakkan pertumbuhan dan pembahagian sel oleh pertumbuhan pelbagai jenis
tisu, termasuk otot dan tulang.
Forum 2 Salam sejahtera.
Pengambilan hormon
tumbuhan sering menjadi pilihan para atlet dalam mendapatkan kesan otot yang
pejal dalam masa yang singkat. Untuk fungsi yang sepatutnya bagi badan dan
mengurangkan kesan-kesan buruk akibat pengambilan tinggi hormon pertumbuhan ,
yang penting adalah untuk menghormati dos maksimum harian yang disyorkan .
Semakin tinggi setting yang baik dalam menyediakannya lebih besar kesan yang
akan memberi manfaat dari segi prestasi fizikal dan kesan imun. Kedua-dua faktor terbesar untuk
menggalakkan pengeluaran hormon pertumbuhan adalah senaman dan tidur.
No comments:
Post a Comment