Assalamualaikum murid-murid. Hari ini cikgu nak berkongsi maklumat tentang penggunaan kata tanya.
Nota penting.
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, orang, benda,binatang, tempat sebab, masa dan bilangan.
Ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya ( ? )
Apa menanyakan benda, binatang atau perkara.
Siapa menanyakan orang atau nama orang.
Bila menanyakan masa.
Mana menanyakan tempat
Berapa menanyakan jumlah, harga atau bilangan.
Mengapa menanyakan sebab.
Bagaimana menanyakan cara atau keadaa n.
Cikgu harap anda semua telah memahami penggunaan kata tanya di atas. Cuba uji pemahaman anda dengan latihan di bawah.
Arahan; Tandakan ( / ) pada ayat yang menggunakan kata tanya yang betul
1. Apakah nama murid baru itu ? ( )
Siapakah nama murid baru itu ? ( )
2. Berapakah awak akan pergi ke rumah Hassan ? ( )
Bilakah awak akan pergi ke rumah Hassan ? ( )
3. Di manakah kawan kamu sering datang lewat ke sekolah ? ( )
Mengapakah kawan kamu sering datang lewat ke sekolah ? ( )
4. Siapakah acara yang dipertandingkan selepas ini ? ( )
Apakah acara yang dipertandingkan selepas ini ? ( )
5. Bagaimanakah suasana di pasar pada hari in i ? ( )
Mengapakah suasana di pasar pada hari ini ? ( )
Selamat Mencuba
Ada nota dan latihan..boleh saya suruh anak saya buat sebagai latihan di waktu cuti ni.Terima kasih cikgu.
ReplyDelete